Hi semua,
Apa khabar? Hari nie Wilma mahu share sesuatu khas buat kawan-kawan yang tinggal dan berada di Sabah...Sebenarnya, last Saturday (19 Januari 2013), Wilma telah mengikuti kelas "Blogging Skills" secara percuma anjuran
AMC The School of Business, Kota Kinabalu dan
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah selama sehari iaitu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang...Yang bestnya, ada free makan...Hehehe...Sudah la kelas free, ada makan free lagi...Siapa tidak mahu kan...Setakat hari ini, Wilma sudah ada enam certificate since 2011...Sikit kan? Bukan apa, kadang-kadang kelas-kelas tu tidak kena dengan masa Wilma...Coz Wilma kan kerja...Kena tunggu kelas yang diadakan Sabtu dan Ahad baru boleh join...Nak join kelas malam, susah coz Wilma kan tidak berani drive kereta ^_^ Mahu mintak hantar dan ambil brother kesian pulak dia...
Wilma rasa tidak ramai penduduk di Sabah nie yang tahu mengenai kelas-kelas nie...Rugi bah kalau tidak attend...Kan belajar nie untuk seumur hidup kita...Maybe kita sudah tahu dan mahir tentang sesuatu perkara tu, tapi, tidak salah untuk belajar lagi kan...Mana tahu kita dapat memahirkan lagi kemahiran kita tu ^_^ Ada banyak kursus-kursus yang ditawarkan seperti Autocad, Adobe Flash, Graphic Design, MS Word, MS Excel dan banyak lagi...Malahan, kelas Bahasa English, Japanese dan Korean pun ada...
Sekarang nie, Wilma sudah register untuk attend kelas Photo Editing (Adobe Photoshop), E-Office & E-Filing, dan Audio & Video Editing...So, Wilma nak ajak kawan-kawan yang ada di Sabah nie untuk join Wilma jugak...Selama nie, Wilma attend kelas dengan kawan-kawan kerja Wilma...Tapi, sekarang nie masing-masing sibuk...So,Wilma mahu ajak BFF (Blogger Friend Forever) Wilma pulak...Mana tahu, kita boleh buat small gathering untuk blogger-blogger di Sabah nie ^_^
Bagi kawan-kawan yang berminat dan mahu menghadirkan diri untuk attend kelas-kelas nie, just register di
Jangan risau, kelas-kelas nie bukan hanya diadakan di AMC Likas Square, tapi di Tawau, Lahad Datu, Keningau, Beluran, dan lain-lain tempat pun ada...Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau ^_^