Saturday 16 February 2013

Terjermahan Untuk Kes Tayar Pancit

Hi semua,

Maaf sangat-sangat...Rasanya ramai yang sudah baca entry Wilma mengenai Kes Tayar Pancit kan...
Ramai kawan-kawan yang kurang faham tentang apa yang cuba Wilma sampaikan ^_^
Oleh kerana itu, Wilma cuba translate kan mengikut pemahaman Wilma ya...


KES TAYAR PANCIT (SEBELUM KAHWIN)

Girlfriend  : Darling, pancit tayar kereta saya . . . (Buat suara manja-manja gitu . . . Hehehe)

Boyfriend : Aik?  Di mana kamu nie?

Girlfriend  : . . . Sini depan traffic light Lintas . . .

Boyfriend : Kamu tiada spare tayar ka?

Girlfriend  : . . . Ada . . . Tapi . . . Saya tidak pandai tukar tu tayar . . . Bu . . .
                  (Belum habis bercakap sudah kena potong)

Boyfriend : . . . OK . . . OK . . . Kamu tunggu sana saya datang . . .
                  (Terus kasi tinggal semua kerja . . . )


KES TAYAR PANCIT (SELEPAS KAHWIN)

Isteri   : Darling . . . Pancit tayar kereta saya . . . (Dengan suara penuh simpati...)

Suami : Aiya (Mengeluh) . . . Macam mana bah kamu bawa kereta nie?

Isteri   : . . . Saya bawa macam biasa la bah...

Suami : Jadi?  Macam mana boleh pancit tayar?  Kamu kasi lubang itu tayar mungkin?


Isteri   : . . . Mana ada saya kasi lubang itu tayar!  Jalan rata bah nie . . .
            Mana saya boleh tahu ada paku ka, apa ka . . .

Suami : Bah . . . Ada spare tayar . . . Tukar lah! . . .


Isteri   : Keras bah tu . . . Mana saya kuat mahu buka itu tayar . . . Tolong dulu bah . . .

Suami : Aiya (Mengeluh) . . . Kamu tahu ka saya kerja bah nie sekarang . . .
            Heeee . . . Nanti lah . . . Kamu tunggu di sana dulu! . . .

30 minit kemudian baru jalan pergi tengok isteri tercinta ^_^



12 comments:

Syamimi Saad said...

berbeza kan kehidupan sebelum dan selepas kawin ni.. tapi kalau suami tu risaukan isteri, tentu dia akn dtng segera juga.. ;)

Unknown said...

lama jg perkiraan tu 30 minit, kesian isteri menunggu

Unknown said...

he3....betul tu........ belum dapat...semuanya pantas........ dah dapat....setengah jam pun takpe....

Lovely Lieyza said...

biasalah...lumrah... lepas kawen smua nya pudar.. coz dh dapat apa yg di nak.. so..x ambik kesah lngsung...tyme kapel.. peeergghh!! bau kentut pun wangi..haha

Farah Waheda Wahid said...

kehidupan sebelum dan selepas kahwin semestinya berbeza kan? ^_^

Unknown said...

alahai.kesai ba si isteri tu..masa bulum kawen cepat dtg..suda kawen kalah2 kura2 hehehe

Unknown said...

@Mimie Najib: Setuju 100%...Ini cuma gurauan bah kan...Tak semestinya semua lelaki buat macam tu ^_^

@Etuza Ezawarna: Itulah tu Cikgu...Kalau jalan jammed lagi...Confirm 1 jam baru sampai...

@Remy Hazza: Sokong 100%

@Chenta lieyza: Hehehe...Iya...Betul tu :-)

@Farah Waheda Wahid: Betul tu Sis...Totally different...

@Mamay Rey: Itulah tu...Kesian wife tu kan...

Nur Nainis said...

Hehe..kelakar cerita ni, tapi betul lah..hehe..dapat saya satu idea nak buat entry baru..terima kasih..sayang wilma. ^___________^

kucing hitam said...

hahaha..lawak la..ni takut nak kahwin ni. >_<

Unknown said...

biase lah wilma kan.. manusia ni belum dpt mulut manis, lautan luas sgp diredah, dh dpt tu yang eksyen.. mudahmudahan suami kt nnt yg jnis yg mengenang erti seorng is3 :D

Unknown said...

sebelum kahwin semua indah..lepas kahwin macam musuh dibuatnya..semua benda tak kena...tu lah kehidupan berpasangan..kgn kita ikut perangai macam nie..:-)

Unknown said...

@Nurul Aini: Wilma dah baca entri Aini...Pun kelakar jugak ^_^

@MarliaMarble: Jangan takut kahwin bah...Bukan semua lelaki macam tu ^_^

@Mar Haini Abdul Rahim & Noor Liyana: Betul tu...Moga2 kita semua dapat suami yang baik dan tak macam tu kan ^_^