Tuesday, 12 February 2013

Segmen Upkan Follower By Hana

Hi semua,

Wilma tertarik dengan segmen nie...Biasanya segmen dibuat selama sebulan kan...Tapi, segmen nie SETAHUN SEBULAN...Memang unik...Sebab tu Wilma nak join...Moga-moga dengan menyertai segmen nie, Wilma dapat berkenalan dengan ramai bloggers lagi ^_^ Syarat-syarat penyertaannya pun senang tau...Kalau kawan-kawan berminat nak join, sila klik banner di bawah ya :-)


Jumlah Follower (Setakat 12 Februari 2013) ialah 376 orang ^_^

Segmen Pantas : Header Siapa Paling Awesome?

Hi semua,

Ini merupakan segmen kedua yang Wilma join untuk tahun 2013 nie...Bagi kawan-kawan yang nak join segmen nie, klik banner di bawah ya ^_^


P/S: Entri nie menggantikan entri sebelumnya...Wilma tersalah faham cara-cara penyertaannya ^_^ Hehehe...

Top Commentor Bertuah Cik Tyra Lee

Hi semua,

Apa khabar?  Wilma gembira sangat coz walaupun dah lebih sebulan Wilma tak update blog, ada jugak yang sudi bagi Wilma hadiah...Time Wilma tengah balas dan baca komen-komen BFF (Blogger Friend Forever), Wilma dapat message dari Cik Tyra...Dia suruh Wilma tengok blog dia...Sekali tengok, Wilma terkejut kerana Wilma tergolong di antara tiga orang pengomen tegar blog Cik Tyra...Suka sangat....Wilma betul2 tidak sangka bah...

Anyway, terima kasih Cik Tyra coz sudi bagi Wilma hadiah walaupun kadang-kadang Wilma main hantam jak tulis komen-komen di blog Cik Tyra tu...Kawan-kawan nak tengok apa hadiahnya tak?


So, bagi kawan-kawan yang nak berkenalan dan nak jadi top comentor di blog Cik Tyra nie, klik nama Cik Tyra atau hadiah Wilma kat atas tu ya ^_^  Salah satu sebab Wilma rajin jenguk blog Cik Tyra ialah dia rajin bagi tutorial macam mana nak edit blog...Memang sesuai sangat untuk blogger-blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog seperti Wilma...Selain tu, cara penulisan Cik Tyra memang sempoi...Senang nak faham...Dan yang paling penting sekali, Cik Tyra nie tak sombong...Orangnya cantik dan berasal dari Kuantan, Pahang ^_^ Jangan lupa jenguk Cik Tyra tau ^_^

Sunday, 10 February 2013

Gong Xi Fat Cai 2013

Hi semua,

Apa khabar kawan-kawan semua?  Wilma nak minta maaf coz lama tak update blog...Memang setiap tahun, bulan Januari hingga Mac merupakan bulan yang sangat-sangat sibuk dalam hidup Wilma terutamanya dalam pekerjaan Wilma...

Sebelum terlupa,
Wilma nak ucapkan Gong Xi Fat Cai buat semua kawan-kawan yang menyambutnya...
Credit to: Google

Mengenai nenek Wilma, Wilma bersyukur nenek Wilma sudah sihat walaupun luka-luka di kakinya belum mengering dengan sepenuhnya lagi...Sebenarnya, kaki nenek Wilma tiba-tiba membengkak dan mengeluarkan air...Macam blister tu ^_^ Tapi, blister yang besar...Doktor cakap maybe sebab nenek Wilma terlalu berdiri...Memang betul pun coz nenek Wilma memang suka berdiri di singki tempat cuci pinggan mangkuk lama-lama...Kadang-kadang sejam pun ada...Walaupun sudah banyak kali kami tegur, dia tidak mahu dengar...Harap-harap, lepas dimasukkan ke hospital hampir tiga minggu memberi pengajaran buat nenek supaya berhenti buat kerja-kerja rumah...Kami sekeluarga memang susah nak control nenek nie...Walaupun sudah berumur 81 tahun, nenek Wilma masih berkeras mahu buat kerja-kerja rumah...Maybe, sudah terbiasa kan...